Zakat
Zakat adalah kewajipan keagamaan setiap Muslim yang mampu untuk mengeluarkan sebahagian harta mereka untuk diberikan kepada golongan yang berhak. Ia merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam dan berfungsi untuk menyucikan harta dan diri serta membantu meringankan beban golongan fakir miskin.

Zakat Emas dan Perak wajib dibayar apabila memenuhi syarat nisab (jumlah minimum) dan haul (tempoh masa) bagi emas atau perak yang disimpan atau tidak dipakai mengikut uruf

Zakat Haiwan Ternakan dikenakan ke atas lembu, kerbau, kambing, biri-biri, dan unta apabila memenuhi syarat seperti dipelihara di padang terbuka dan telah mencapai kadar nisab serta haul

Zakat Pertanian ialah zakat yang dikenakan ke atas hasil tanaman makanan ruji yang mengenyangkan seperti padi, gandum, dan kurma, yang mencapai kadar nisab sebanyak 5 wasak

Zakat Perniagaan diwajibkan kepada umat Islam yang menjalankan perniagaan (barangan atau perkhidmatan) untuk mengeluarkan zakat daripada hasil perniagaan mereka

Zakat Perladangan ialah zakat yang dikenakan ke atas hasil tanaman bukan ruji yang memberikan keuntungan yang lumayan mencapai kadar nisab dan haul yang ditetapkan syarak

Zakat Fitrah ialah zakat wajib yang perlu dibayar oleh setiap umat Islam yang berkemampuan sebelum Solat Sunat Aidilfitri untuk menyucikan diri dan membantu golongan fakir miskin
Zakat Calculator v1.0
Calculate your Zakat obligations according to Islamic principles
Please select a Zakat type to begin calculation.

