Lawatan Ke Rumah Kebajikan Anak-Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman (PERNIM)
Pada 19hb Julai, 2025 (Jumaat) - Wakil AMT PEKASA telah membuat lawatan ke Rumah Kebajikan PERNIM atau Persatuan Kebajikan Anak- Anak Pesakit AIDS/HIV Nurul Iman Malaysia di Kg. Cheras Baru, Kuala Lumpur. PERNIM atau Persatuan Kebajikan Anak- Anak Pesakit AIDS/HIV Nurul Iman Malaysia telah diasaskan pada 17 Mac 2004. Kini Pusat Perlindungan PERNIM Bhd telah ditukar nama kepada Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (KBNAB).
Penubuhan Pernim dicetuskan atas dasar kesedaran dan keinsafan terhadap anak-anak mangsa HIV yang tidak berdosa akibat perbuatan silam ibu dan bapa kandung mereka. Memberikan perlindungan, menguruskan rawatan yang berterusan di hospital dan klinik kerajaan, memberikan pendidikan, asas keagamaan dan sokongan jati diri kepada anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat daripada penyakit HIV/AIDS atau yang tinggal di situasi yang terabai yang memerlukan bantuan.
Kanak-kanak yang dipelihara terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti anak kepada pesakit HIV/AIDS, anak yatim piatu, anak tidak saf taraf, anak mualaf, anak orang Asli, anak bukan warganegara (Indonesia, Filipina, Afrika, Vietnam, Banglasdesh) dan anak daripada keluarga yang tidak berkemampuan. Hanya enam (6) orang kanak-kanak sahaja sahaja yang didapati positif HIV dan tiga (3) di antara mereka telah meninggal dunia pada tahun 2009, 2011 dan 2015. Tambahan, beliau juga menjaga seorang (1) pesakit AIDS di peringkat akhir, bernama Siti Norhatikah binti Abdul Rahman sejak dari umur 9 tahun.
Lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara Penaung dan penghuni rumah Kebajikan PERNIM. Mendalami pengalaman Penaung dalam penjagaan anak-anak pesakit HIV dan anak-asnaf yang lain.



